fb fb fb fb fb

FAMA terima peruntukan tambahan RM43 juta

PUTRAJAYA, 4 Julai- Peruntukan tambahan bernilai RM43 juta disalur kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk pelaksanaan program Jualan Rahmah.

Perkara itu selari dengan komitmen berterusan kerajaan bagi membantu rakyat mendepani cabaran kos sara hidup.

Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) itu dijangka akan diadakan di 5,000 lokasi mulai Julai hingga Disember.

Bagaimanapun daripada jumlah itu, 2,500 daripadanya membabitkan kawasan-kawasan baharu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, "untuk tahun depan, kita harap pada suku ketiga tahun 2024, pencapaian 10,000 lokasi disasarkan untuk dicapai.

"Manakala KPDN sendiri telah mensasarkan jualan langsung ini untuk 222 kawasan Parlimen," katanya kepada pemberita di sini.

Ahmad Zahid turut memaklumkan, KPDN diperuntukkan RM100 juta, untuk melaksana program jualan langsung barangan keperluan dengan tawaran diskaun hingga 30%.

(Ahmad Zahid Hamidi)

Media Baharu