fb fb fb fb fb

Jenazah Abdul Ghapur selamat dikebumi

(FOTO https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial)

LIKAS, 4 Julai -Jenazah Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah - Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh selamat
dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu; tengah malam tadi.

Solat jenazah diadakan di Majis Jamek Kampung Likas.

Allahyarham yang memulakan karier politiknya pada awal 1970an pernah memegang pelbagai portfolio penting.

Ini termasuk Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Sabah, selain Ahli Parlimen Kalabakan.

Sementara itu, Perdana Menteri menerusi Facebooknya, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, jasa dan pengorbanan Allahyarham akan sentiasa dikenang.

Beliau berdoa, agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan insan beriman dan beramal soleh.


(FOTO https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial)

Media Baharu