fb fb fb fb fb

JPJ tambah baik ciri keselamatan aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ

(Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim)

KUALA LUMPUR, 15 Februari- Susulan pengenalan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM atau digital roadtax) dan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM), yang dipaparkan melalui Aplikasi MyJPJ dan Portal Awam JPJ mulai 10 Februari 2023, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menambahbaik ciri-ciri keselamatan dan mesra penggunanya.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim memaklumkan antara penambahbaikan tersebut, memperkenalkan sekuriti peringkat ke-3 menggunakan lapan aksara terakhir yang tertera di belakang lesen memandu untuk pendaftaran JPJeID secara dalam talian.

"Selain itu, menambah fungsi bagi mendapatkan semula akaun pengguna melalui lapan aksara terakhir lesen memandu. Ini adalah penyelesaian kepada isu 'telah mendaftar' disebabkan pengguna sebelum ini mempunyai akaun di portal rakan strategik JPJ yang berintegrasi dengan sistem JPJ,"katanya.

Turut ditambah, fungsi penetapan semula emelĀ untuk pengguna yang terlupa emel digunakan atau perlu mengemas kini emel secara dalam talian dengan tambahan lapan aksara lesen memandu.

Datuk Zailani berkata, penambahbaikan ciri-ciri keselamatan tersebut dapat diakses oleh pengguna secara berperingkat mengikut Operating System telefon (Android, IOS dan Huawei) mulai hari ini, 15 Februari 2023.

"Kementerian Pengangkutan juga sentiasa bekerjasamadengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi memastikanaspek keselamatan siber Aplikasi MyJPJ terjamin,"katanya.


(Aplikasi MyJPJ)

Media Baharu