fb fb fb fb fb

56 PATI Indonesia ditahan; tinggal lebih masa, bina penempatan haram

(Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee)

CYBERJAYA, 15 Februari- Jabatan Imigresen Malaysia menahan seramai 56 orang pendatang tanpa izin (PATI) satu Operasi Penguatkuasaan Imigresen pada awal pagi tadi di sebuah penempatan haram warga asing di Cyberjaya.

Ketua pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee menyatakan kesemua yang ditahan merupakan warga Indonesia yang berusia 16 sehingga 70 tahun.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 100 buah rumah haram telah diperiksa dan menahan 26 orang lelaki dan 29 orang wanita.

"Mereka ini telah masuk ke Malaysia dengan pas lawatan sosial sejak tahun 2016 dan tidak keluar sejak itu dan mereka bekerja secara tidak sah di kawasan-kawasan pembagunan dan juga bekerja sebagai pencuci dalam sektor perkhimatan sebagai tukang cuci dibeberapa buah bangunan dikawasan sekitar,"katanya.

Beliau memaklum perkara itu selepas operasi penguatkuasaan Imigresen di Cyberjaya,Selangor.

Tambah beliau lagi seramai 40 PATI berjaya meloloskan diri manakala yang selebihnya gagal selepas berjaya dipatahkan oleh pasukan operasi.

Dalam operasi berkenaan seramai 321 pegawai Imigresen terlibat bagi menjayakan operasi itu.

Kesemua mereka yang ditahan akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.


(Sebahagian daripada PATI yang ditahan)

Media Baharu