fb fb fb fb fb

N9PAY bantu mudahkan pengguna

(Datuk Seri Aminuddin Harun bergambar kenangan bersama kakitangan kerajaan negeri pada
Majlis Apresiasi Kewangan Tahun 2022 Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan )

SEREMBAN, 15 Februari- Kerajaan Negeri Sembilan bakal memperkenal Sistem Negeri Sembilan Pay atau N9PAY bagi menambah baik sistem pembayaran cukai.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, sistem itu bertujuan memperkasa tadbir urus dengan mengadaptasi teknologi dalam usaha ke arah pendigitalan di Negeri Sembilan.

"Negeri Sembilan Pay ni merupakan satu platform baharu yang akan dibina bagi memastikan dan memudahkan pengguna, sama ada pembayar cukai atau apa juga pembayaran kepada kerajaan negeri mahupun agensi yang terlibat,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Apresiasi Kewangan Tahun 2022 Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di Seremban.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sistem itu kini masih dalam proses pembangunan dan akan mula dilaksana selepas mendapat kelulusan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri.


(Datuk Seri Aminuddin Harun ditemui media selepas menghadiri

 Majlis Apresiasi Kewangan Tahun 2022 Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan)

Media Baharu