fb fb fb fb fb

JPJ Perlis keluarkan 158 saman sepanjang Op Hari Raya

KANGAR, 9 Mei- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengeluarkan sebanyak 158 saman sepanjang pelaksanaan Operasi Hari Raya Aidilfitri yang bermula sejak 29 April dan berakhir semalam.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah memaklumkan, antara kesalahan dikesan ialah tiada perlindungan insurans sebanyak 44 kes dan lesen kenderaan motor tamat tempoh, 33 kes.

"34 kes dikesan melibatkan kesalahan teknikal kenderaan dan 30 kes adalah kesalahan utama seperti gagal mematuhi lampu isyarat, memotong di laluan kiri dan lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memotong di dua garisan berkembar dan memandu laju," katanya di sini.

Tambah beliau, baki 17 kes lagi melibatkan lain-lain kesalahan.

(Pegawai dan anggota penguat kuasa JPJ memeriksa kenderaan dalam Operasi Hari Raya Aidilfitri)

Sejumlah 145 pegawai dan anggota penguat kuasa JPJ Perlis terlibat sepanjang pelaksanaan operasi tersebut.

Media Baharu