fb fb fb fb fb

Lebih 26% kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

KUALA LUMPUR, 9 Mei- Sejumlah 929,427 atau 26.2% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 1,553,175 atau 43.8% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,897,493 atau 93.1% telah lengkap vaksinasi manakala 2,994,981 atau 96.2% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi golongan dewasa, sejumlah 16,043,079 atau 68.2% telah menerima dos penggalak manakala 22,968,088 atau 97.6%s telah lengkap dua dos dan 23,244,086 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Semalam, sebanyak 26,584 dos telah diberikan melibatkan 7,266 dos pertama, 17,896 dos kedua dan 1,422 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,416,939.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak empat kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporkan di Selangor dan satu kes masing-masing di Kedah dan Perak.

Media Baharu