fb fb fb fb fb

JPJ keluar 30 kompaun kepada pemandu kenderaan berat

PULAU PINANG, 9 September- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 30 kompaun terhadap pemandu kenderaan berat dan awam yang bertindak memandu di lorong kanan secara berterusan di beberapa laluan utama termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan semalam.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, sikap pemandu tersebut bukan saja menyebabkan beberapa jalan utama di negeri ini mengalami kesesakan sebaliknya turut mengancam nyawa pengguna jalan raya lain termasuk penumpang yang dibawa mereka.


(Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa)

Menurut Adenan, kesesakan lalu lintas di negeri ini meningkat susulan cuti sekolah dan ditambah pula dengan pemandu kenderaan berat yang masih degil meneruskan pemanduan secara berterusan di lorong kanan.

"Memamg di Penang kalau sepanjang jalan daripada Seberang Jaya sehingga nak masuk jambatan ke-2 memang kita boleh tengok sikap pemandu kenderaan barangan dagangan yang sering menggunakan lorong yang paling kanan, padahal lorong kanan untuk memotong jadi kebayakkannya ini adalah punca jarak yang terlalu panjang diambil untuk mereka gunakan lorong kanan sebelum masuk ke lorong kiri jadi kenderaan yang belakang akan ikut dari belakang dan ini akan mengakibatkan kesesakan jalan raya," katanya di sini.

Terdahulu, sebanyak 198 notis kompaun dikeluarkan menerusi tersebut yang dijalankan di Plaza Tol Juru (arah utara), Plaza Tol Sungai Dua (selatan) serta Plaza Tol Jawi yang berakhir jam 1 pagi tadi.

Katanya, sebanyak 112 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan daripada 336 kenderaan yang diperiksa dalam operasi bersepadu dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (MOTAC) Pulau Pinang serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu.


Media Baharu