fb fb fb fb fb

Perdana Menteri Singapura mengucapkan takziah atas kemangkatan Ratu Elizabeth II

Foto Reuters

SINGAPURA, 9 September- Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini menyampaikan takziah atas pemergian Ratu Elizabeth II dari Britain.

“Berdukacita atas pemergian Duli Yang Maha Mulia Ratu Elizabeth II. Baginda mempunyai hati dan jiwa bersifat rakyat serta memainkan peranan penting dalam hubungan dua hala United Kingdom (UK) dengan banyak negara,” tulis Lee dalam laman Facebooknya.

Lee berkata pemerintahan Baginda menyaksikan salah satu tempoh keamanan dan kemakmuran terpanjang dalam sejarah United Kingdom.

“Sepanjang hidupnya, dia tabah berkhidmat untuk United Kingdom dan Komanwel. Dia melaksanakan tugasnya dengan penuh pengabdian, rahmat, dan kerendahan hati. Sumbangan beliau kepada United Kingdom, Komanwel, dan sememangnya kepada dunia akan tercatat dalam sejarah, dan beliau akan sentiasa diingati sebagai seorang pemimpin dunia yang hebat.

"Ratu Elizabeth II meninggalkan kesan penting dalam sejarah Singapura dan hubungan rapat antara Singapura yang telah lama terjalin dengan United Kingdom." katanya.

Lee menyatakan bahawa pemergiannya amat diratapi oleh semua rakyat di Singapura.

“Bagi pihak Kerajaan Singapura, saya mengucapkan takziah kepada Raja Charles III dan semua ahli Keluarga Diraja, Perdana Menteri Liz Truss, dan rakyat Britain,” tulis Lee lagi.


(Perjumpaan Lee bersama Ratu Elizabeth II semasa Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel pada 2018/ Foto FB Lee Hsien Loong)

Lee juga menyiarkan foto beliau bersama Ratu Elizabeth II, dengan kapsyen: "Saya berbesar hati dapat bertemu dengan Baginda beberapa kali, yang terbaru pada 2018 semasa Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di London."

Ratu Elizabeth II paling lama berkhidmat di Britain, beliau mangkat pada usia 96 tahun, kata Istana Buckingham pada Khamis.

Media Baharu