fb fb fb fb fb

Malaysia rakam ucapan takziah kemangkatan Ratu Elizabeth II

(Ratu Elizabeth II/Foto Reuters)

KUALA LUMPUR, 9 September- Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga diraja, rakyat dan kerajaan Britain atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menyifatkan baginda seorang tokoh yang hebat.

Hayatnya dedikasikan untuk berkhidmat kepada rakyat Britain dan warga Komanwel.

"Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga raja, rakyat dan kerajaan Britain atas pemergian Ratu Elizabeth II.

"Baginda adalah seorang tokoh yang menjulang tinggi dan berdedikasi berkhidmat sepanjang hayat kepada rakyat Britain dan Komanwel," katanya dalam kemas kini di Facebook beliau.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pula merakamkan rasa dukacita yang mendalam dan ucapan takziah kepada keluarga diraja dan rakyat Britain.

"Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London, merakamkan rasa dukacita yang mendalam, dan ucapan takziah kepada keluarga diraja dan rakyat Britain atas kemangkatan Ratu Elizabeth II," menurutnya dalam perkongsian di Facebook.

Ratu Elizabeth II, monarki paling lama bertakhta dalam sejarah Britain mangkat pada usia 96 tahun.

Istana Buckingham dalam kenyataan ringkas mengesahkan, baginda mangkat di Istana Balmoral, Scotland.

Media Baharu