fb fb fb fb fb

'Juang' papar perjuangan rakyat Malaysia hadapi COVID-19

(Petugas barisan hadapan dan pelakon pada Majlis Menghargai Jasa Hero-Hero Malaysia di Ipoh)

IPOH, 8 September- Lebih 200 petugas barisan hadapan dirai menerusi tayangan perdana filemĀ Juang sempena Majlis Menghargai Jasa Hero-Hero Malaysia di Ipoh, baru-baru ini.

Antara yang hadir petugas barisan hadapan seperti Polis, Bomba, Rela dan petugas kesihatan selain kehadiran pengarah dan pelakon filem berkenaan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, majlis itu dianjurkan oleh Pincer MBI Studio Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh.

Pincer MBI Studio Sdn Bhd merupakan salah satu rakan strategik, berperanan dalam pelaburan dan promosi filem tersebut.

Datuk Rumaizi Baharin, Datuk Bandar Ipoh berkata, "filem 'Juang' diibaratkan seperti satu rujukan untuk peristiwa perjuangan masyarakat Malaysia berhadapan dengan masalah COVID-19 yang terjadi pada tahun 2020 sehingga 2022.

(Datuk Rumaizi Baharin, Datuk Bandar Ipoh ketika ditemui pemberita)

"Filem ini juga berkaitan dengan perpaduan kaum, kalau kita faham, berkaitan dengan perpaduan, bila berlaku ni seluruh rakyat Malaysia terpaksa duduk bersama."

Filem Juang mengetengahkan situasi dan cabaran getir dihadapi petugas barisan hadapan ketika wabak COVID-19 melanda dunia.

Diarahkan oleh lima pengarah terkenal antaranya Aziz M. Osman, Datuk Yusry Abd Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali serta dibarisi 100 pelakon hebat tanah air.

Media Baharu