fb fb fb fb fb

Tiada keperluan TPM - Ismail Sabri

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri)

KUALA LUMPUR, 8 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menegaskan tiada keperluan untuk melaksanakan lantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Jelasnya, status empat menteri kanan iaitu Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri disandang oleh, Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Kanan Pertahanan; Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kanan Pendidikan; Datuk Dr Radzi Jidin dan Menteri Kanan Kerja Raya; Datuk Seri Fadillah Yusof ketika ini dilihat sebagai mewakili TPM dengan keistimewaan yang hampir sama.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, "saya dah terangkan bahawa menteri-menteri kanan ini dianggap TPM.

"Saya juga telah menjelaskan kepada wakil PN iaitu Setiausaha Agung dan Bendahari PN sewaktu berjumpa dengan saya." Jelasnya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu, media melaporkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mengaku membuat draf perjanjian mengenai jawatan TPM, sekali gus mengesahkan perjanjian itu wujud seperti pernah dimaklumkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan MIHAS 2022)

Media Baharu