fb fb fb fb fb

JPJ Kedah sita kenderaan dipandu warga asing tanpa lesen sah

FOTO JPJ KEDAH

LANGKAWI, 2 Februari- Sebuah kenderaan yang dipandu oleh pelancong warga asing telah disita dalam Ops Khas Bulan Perayaan 2024 yang diadakan di Jalan Pantai Kok Pulau Langkawi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Aman Shah Hashim berkata, semasa ditahan petang semalam, pemandu warganegara Switzerland itu memandu sebuah kenderaan jenis motokar tanpa lesen yang sah.

Selain itu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) juga telah tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

“Notis P22 telah dikeluarkan dan kenderaan telah disita bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pesalah tidak kira pesalah jalan raya mahupun pesalah-pesalah lain demi kemakmuran bersama.

Sebarang aduan salah laku lalu lintas boleh disalurkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE