fb fb fb fb fb

JPJ Johor keluar 219 notis operasi khas motosikal HRAA

JOHOR BAHRU, 7 Julai- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 219 notis kesalahan jalan raya menerusi operasi khas motosikal sempena Hari Raya Aidil Adha (HRAA) di lokasi susur Plaza Tol Kempas, di sini.

Turut diperiksa 250 buah kenderaan.

Pengarah JPJ negeri, Azmil Zainal Adnan berkata antara kesalahan utama dikenal pasti, 95 kes tiada lesen memandu, 10 kes lesen tamat tempoh dan 33 kes tiada insurans kenderaan.

(Pemeriksaan oleh anggota JPJ Johor) 

Operasi khas ini dijalankan selaras dengan Ops Khas HRAA 2022 berkait kempen keselamatan jalan raya dan penguatkuasaan yang bermula semalam.

JPJ Johor turut melaksanakan advokasi selain terus melaksana operasi penguatkuasaan bagi memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi demi menjamin keselamatan penguna jalan raya lain.

Media Baharu