fb fb fb fb fb

'Jom Lepas Anak Belangkas', suntik semangat pemuliharaan haiwan prasejarah

(FOTO FAIL)

KEMAMAN, 18 Jun - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Kumpulan Penyelidik Belangkas mengambil inisiatif mengadakan program 'Jom Lepas Anak Belangkas', sebagai usaha menyuntik semangat pemuliharaan haiwan prasejarah itu kepada segenap lapisan komuniti, di sini.
 
Program tersebut juga disifatkan sebagai tarikan pelancong dalam pelancongan negeri Terengganu melalui usahasama kerajaan negeri Terengganu, memperkenalkan belangkas sebagai produk baharu Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) daerah Kemaman.
 
Sebanyak 1,500 ekor anak belangkas dilepaskan melalui tujuh buah sekolah angkat UMT di Pantai Telaga Simpul.

(FOTO FAIL/BERNAMA)

Ketua Projek Pakar Belangkas Bioteknologi Marin (UMT), Profesor Dr. Noraznawati Ismail berkata, program itu merupakan salah satu aktiviti dalam projek Translasional Belangkas UMT pada tahun 2021/2022.
 
Menurutnya, sempena penganjuran itu, ia juga dijadikan acara tahunan dalam melestarikan populasi belangkas khususnya di Kemaman, bagi menyokong sambutan Hari Belangkas Sedunia yang ditetapkan pada 20 Jun.
 
"Insya-Allah hari ini adalah hari program bersama tujuh sekolah angkat yang kita lantik yang mempunyai kerjanya adalah menjaga dan memelihara anak-anak belangkas yang menetas daripada telur. Kita bekalkan telur, kita bekalkan 'jojo lab' yang ada semua keperluan untuk anak belangkas ini ditetaskan. Tujuan projek ini untuk meningkatkan populasi belangkas yang semakin menyusut bukan sahaja di Malaysia, bukan sahaja di Terengganu, jadi salah satu cara dengan membekalkan anak belangkas dan kita lepaskan di perairan yang tertentu yang kita pilih, kata Ketua Projek Pakar Belangkas Bioteknologi UMT, Profesor Dr Norazwati Ismail.
 
"Bagus..rasanya kalau budak-budak cuba mungkin dia pun rasa teruja juga la, teruja sebab rasa macam tak pernah nampak lagi," kata Peserta, Mohd Aqil Iman Abd Manan.
 
Norazwati Ismail berkata, pemilihan pantai berkenaan sebagai lokasi pelepasan juvenil belangkas sangat bertepatan memandangkan ianya merupakan satu kawasan habitat semulajadi belangkas di perairan Kemaman.
 
Beliau berharap limpahan ekonomi turut memberi manfaat kepada komuniti setempat apabila pantai itu bakal digazetkan sebagai kawasan pembiakan dan pemuliharaan belangkas tersebut.

Media Baharu