(Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto fail Bernama)
KUALA LUMPUR, 18 Jun- Perdana Menteri merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Ia bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-81 hari ini.
Menerusi catatan di Facebook, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Sultan Sallehuddin dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
"Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat Kedah Darul Aman dengan adil dan saksama.
"Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Daulat Tuanku," katanya.
(Anwar turut mendoakan Sultan Sallehuddin dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff
serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada
dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan/FB Anwar Ibrahim)