(FB Istana Negara)
KUALA LUMPUR, 18 Jun- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa.
Ucapan itu dimuatkan dalam catatan Facebook Istana Negara.
Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi pelindung keluarga.
Tema sambutan tahun ini ialah "Terima Kasih Ayah".
(Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat hari bapa)