fb fb fb fb fb

Banjir kilat di Kuala Muda, tujuh keluarga terjejas

(Foto/APM Daerah Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 18 Jun- Tujuh keluarga di daerah Kuala Muda, Kedah terjejas selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat, awal pagi tadi.
 
Mukim Sungai Petani melibatkan empat keluarga di Kampung Air Mendidih dan sebuah keluarga di Taman Semarak.
 
Manakala Mukim Pekula, melibatkan dua keluarga di Kampung Pegawai Tikam Batu.
  
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (Pertahanan Awam) Azahar Ahmad berkata hujan lebih lebih tiga jam bermula pukul 4.30 pagi tadi di Mukim Sungai Petani menyebabkan limpahan air secara mengejut dan mendadak setinggi 0.3 meter hingga 1 meter.
 
Kejadian yang berlaku dalam tempoh pantas itu menyebabkan penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda.
 
Bagaimanapun, air telah kembali surut beberapa jam kemudian.
 
Tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

(Daerah Kuala Muda yang dilanda banjir 
kilat, awal pagi tadi/APM Daerah Kuala Muda)

Media Baharu