Johor tegaskan komitmen selesaikan isu kuil, tanah komuniti India

Datuk Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 1 November – Isu berkaitan kuil dan tanah yang melibatkan komuniti India di Johor perlu diberi perhatian serius bagi memastikan ia diselesaikan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan negeri komited menyelesaikan perkara tersebut melalui jawatankuasa khas yang ditubuhkan.
  • Membelanjakan jutaan ringgit untuk memastikan bekalan ayam, telur dan minyak dijual pada harga berpatutan.
  • Agenda membela rakyat dan masyarakat India terus menjadi keutamaan kerajaan negeri.
  • Sambutan Deepavali dengan Bazar hingga 7 November menerima lebih 7,000 pengunjung sehari termasuk dari Singapura.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk menyelesaikan perkara itu menerusi jawatankuasa
khas ditubuhkan.

“Kita membelanjakan jutaan ringgit bagi memastikan bekalan ayam, telur dan minyak dapat diperoleh pada harga berpatutan. Agenda membela rakyat akan terus menjadi keutamaan kerajaan negeri.

“Kita merupakan kerajaan yang bertanggungjawab dan akan terus komited membela masyarakat India di Johor,” katanya semasa Sambutan Deepavali Bangsa Johor di sini hari ini.

Sambutan itu diadakan dengan penganjuran Bazar Deepavali yang berlangsung sehingga 7 November dan menerima lebih 7,000 pengunjung setiap hari, termasuk dari Singapura.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.