fb fb fb fb fb

Johor tambah baik elaun noja

(Mohd Fared Mohd Khalid)

BATU PAHAT, 20 Julai- Kerajaan negeri akan menambahbaik dan menaikkan elaun noja di semua masjid dan surau di negeri ini, menerusi bantuan kasih bangsa Johor.

Bantuan melibatkan lebih 800 noja di Johor itu akan dibincangkan dalam waktu terdekat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata ketika ini elaun diterima noja sebanyak RM80 sebulan.

"Jumlah elaun agak rendah, saya mendengar rungutan itu, saya beri komitmen untuk kita meneliti balik jumlah tersebut dan akan panjangkan kepada pihak kerajaan negeri untuk kita membuat penambahbaikan dari segi elaun," katanya.

(Mohd Fared (tengah) pada Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan MAINJ di Batu Pahat, hari ini)

Beliau menyatakan demikian selepas Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), di sini hari ini.

Bantuan kepada lapan golongan asnaf merangkumi bantuan persekolahan melibatkan 10,304 penerima dengan agihan RM6.37 juta.

RM4.69 juta bantuan kepada 117 madrasah, RM2.2 juta kepada 3,000 pelajar bagi pendaftaran ke IPT dan RM4.5 juta untuk bantuan pinjaman pelajaran kepada 150 penerima.

Media Baharu