fb fb fb fb fb

Johor komited tingkatkan sektor pelancongan negeri - EXCO

JOHOR BAHRU, 19 Julai- Kerajaan Johor komited merangka pakej pelancongan menarik serta menjadi tuan rumah kepada program berskala besar seterusnya muncul sebagai salah satu destinasi pelancongan utama negara.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri, K. Raven Kumar berkata langkah tersebut berpotensi membawa masuk lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa ke Johor.

Antara usaha yang telah dijalankan termasuk penganjuran acara berbasikal L'Etape Malaysia, oleh Tour De France, dan berjaya menarik lebih 5,000 pelancong.

Selain itu, Acara Triathlon terkemuka, Ironman Desaru yang bakal berlangsung hujung minggu ini dijangka menarik lebih 4,000 pelancong hadir ke negeri itu.

"Selain itu, kita juga akan menganjurkan program Majestic Johor yang akan berlangsung selama 10 hari sepanjang tempoh itu akan diadakan pelbagai program menarik yang mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong untuk bermalam di negeri ini," kata Raven Kumar selepas merasmikan Fasa 2 Johor Tourism Interchange (JTI) Market Place, di Iskandar Puteri.


(EXCO Johor, K. Raven Kumar ditemui pemberita RTM selepas merasmikan Fasa 2 Johor Tourism Interchange (JTI) Market Place, di Iskandar Puteri)

Program tersebut melibatkan penambahbaikan aplikasi JTI dengan menyediakan penyemakan imbas lebih mesra pengguna, serta baucar percuma yang boleh ditebus orang ramai.

Ciri-ciri aplikasi yang mudah, bermaklumat dan penuh ganjaran berpotensi menjadikan ia sebagai aplikasi utama kepada pelancong domestik dan antarabangsa yang ingin melawat ke Johor.

Media Baharu