fb fb fb fb fb

Pengawalan jumlah STRA, MOTAC bakal bincangkan bersama kementerian dan agensi berkaitan

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan berbincang dengan kementerian dan agensi berkaitan bagi mengawal jumlah Penginapan Kediaman Jangka Masa Pendek (STRA) atau menerusi platform Airbnb di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata beliau prihatin dengan kebimbangan yang disuarakan pihak Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) berhubung perkhidmatan tempat tinggal kepada pelancong tanpa sebarang kawalan.

"Untuk sekarang ini, MyBHa ada juga ada suarakan kebimbangan berhubung perkara ini, contohnya macam sekarang ini ada Airbnb dijadikan sebagai STRA. Tapi STRA ini belum lagi di bawah kementerian kita.

Setakat ini dari MOTAC bersama dengan kementerian berkaitan kita akan bincangkan dan kita akan lihat satu persatu," kata Nancy kepada pemberita RTM selepas Majlis Makan Malam Antara Malaysia dan Thai Travel Agents Association (TTAA) di ibu negara.


(Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata demikian kepada media
selepas Majlis Makan Malam Antara Malaysia dan Thai Travel Agents Association (TTAA) di ibu negara)

Tambah beliau, perbincangan bersama semua pihak terlibat perlu dilakukan kerana terdapat STRA atau Airbnb yang beroperasi di kediaman sendiri tanpa berdaftar dengan kementerian mahupun tanpa pengetahuan dari pihak berkaitan.

Dalam pada itu, beliau mahu pendaftaran perkhidmatan ini dapat dilaksanakan seperti rumah inap desa agar mereka memperoleh manfaat seperti yang pernah diberikan sebelum ini, sewaktu berdepan dengan pandemik COVID-19.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MyBHA, Dr Sri Ganesh Michiel berkenaan lambakan unit Penginapan Kediaman Jangka Masa Pendek (STRA) di negara ini yang dianggarkan lebih 70,000 unit tanpa sebarang kawalan.

Media Baharu