fb fb fb fb fb

Johor kini fokus lindung dan pelihara sumber air

Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023 di Persada di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 17 November - Johor River Basin (JRB) ketika ini menghadapi ancaman serius, hasil daripada perubahan iklim yang sedang memberi ketegangan terhadap sumber besin air.

Sehubungan itu Penyelidik Pusat Kemampanan Alam Sekitar dan Sekuriti Air, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Zulfaqar Sa’adi berkata sumber air di Johor perlu dilindungi dan dipelihara dan beliau sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menangani cabaran tersebut.

"Antara usaha kami ialah berkongsi data dengan komuniti tempatan dan organisasi terlibat selain membantu mereka membangunkan projek untuk melindungi sumber air setempat," kata Dr Zulfaqar kepada media pada Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023 di Persada, di sini.

Beliau turut bekerjasama dengan universiti dan sekolah dalam usaha mendidik generasi seterusnya tentang kepentingan memelihara sumber air.

Sementara itu, peningkatan penerokaan makanan tempatan seperti nasi pulut untuk penggunaan penduduk serta Black Soldier Fly (BSF) untuk ternakan ayam mampu menambah baik sekuriti makanan tempatan.

Pengarah Majlis Tadbir Urus Iklim Malaysia, Gary Theseira berkata pendekatan tersebut juga dapat menjimatkan kos untuk mengimport sumber tersebut.

Perkara tersebut disuarakan semasa sesi Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023 di Persada, di sini berkenaan Strategi Perladangan Mampan dan Sekuriti Makanan.

Pada sesi sama Pengarah Bebas Johor Plantation Berhad Norita Jaafar memaklumkan kira-kira 65% tenaga yang digunakan dalam kawasan perladangan pihaknya diperoleh daripada tenaga boleh diperbaharui.

Pihaknya menyasarkan jumlah peratusan tenaga itu untuk meningkat kepada 85% menjelang 2030.

Sementara itu, Girish Ramachandran daripada IRGA sendirian berhad menekankan keperluan teknologi moden kepada pekerja ladang seperti kereta sorong khas yang dapat memudahkan tugasan harian pekerja.

TETITIA YUSOFF