fb fb fb fb fb

Kekosongan jawatan Ketua Pengarah J-KOM akan segera diisi

Fahmi Fadzil

SAN FRANCISCO, 17 November- Kekosongan Jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) akan diisi secepat mungkin susulan peletakan jawatan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada Timbalan Ketua Pengarah J-KOM.

"Jadi kita mengucapkan terima kasih dan sekarang individu itu tidak ada lagi kaitan dengan kerajaan atau J-KOM.

"Jadi perkara ini, tetapi saya percaya insya-Allah langkah-langkah untuk mengisi jawatan itu akan dibuat secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI