fb fb fb fb fb

Johor kekal jarak solat jemaah setengah meter


JOHOR BHARU, 13 Januari- Jarak setengah meter kekal bagi solat Jumaat dan solat fardu lima waktu di semua masjid dan surau di Johor walaupun terdapat kawasan terjejas dengan
COVID-19.

Penularan kes di Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru baru-baru ini tidak mengubah ketetapan berkenaan manakala masjid dan surau terlibat sudah ditutup sementara bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata ia membabitkan jemaah umrah yang baharu pulang dan jarak setengah meter kekal seperti mana perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, 5 Januari lalu.

"Kita kekalkan jarak sedia ada iaitu setengah meter bagi solat Jumaat dan fardu lima waktu di masjid dan surau negeri ini yang sudah diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, minggu lalu.

"Walaupun berlaku kes penularan COVID-19 di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, ia tidak akan mengubah ketetapan itu.

"Ia berikutan masjid dan surau di kawasan berkenaan sudah diarah ditutup sementara bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan misi bantuan pascabanjir Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Pusat Islam Iskandar, hari ini.

Ahad lalu, sebanyak 47 dikesan positif COVID-19 dengan 164 kontak rapat masih menunggu keputusan saringan sekaligus menyebabkan tercetusnya Kluster Pulai Perdana Tiga.

Pihaknya juga masih menunggu laporan terperinci daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) berhubung jemaah umrah terjejas di negeri ini akibat varian Omicron.


Media Baharu