JOHOR, 11 Mei - 5,033 unit rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah (B40), bakal dibina di Johor, bermula tahun ini.
Menerusi hantaran Facebook, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata harga yang ditawarkan antara 40 ribu ringgit hingga 150 ribu ringgit, seunit.
(Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bersama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Haji Mohd Jafni Md Shukor, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri, Datin Paduka Suhailizan Suliman)
Kerajaan negeri komited untuk menyiapkan pembinaan sekurang-kurangnya 5,033 unit rumah mampu milik bermula tahun ini dan tahun depan untuk golongan B40.
Kerajaan negeri juga pada masa sama sedang memperhalusi perancangan perumahan untuk golongan berpendapatan sederhana (M40).
Katanya, satu pelan dan dasar yang lebih komprehensif akan dibentangkan kepada rakyat Johor dalam masa yang terdekat bagi memastikan rakyat di negeri dapat memiliki rumah sendiri.