JKR tutup sepenuhnya Laluan A127, Jalan Gelung Pepuyu di Beruas

BERUAS, 26 November – Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak menutup sepenuhnya Laluan A127, Jalan Gelung Pepuyu di Beruas mulai semalam berikutan risiko runtuhan susulan.

RINGKASAN BERITA AI
  • JKR tutup Laluan A127 untuk kerja pemantauan, pembersihan dan pembaikan kecemasan bagi keselamatan awam.
  • Masih ada penduduk menggunakan laluan meskipun ditutup; risiko keselamatan tetap wujud.
  • Penduduk mendesak penstabilan cerun segera kerana hujan berpanjangan boleh memburukkan runtuhan.

Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan kerja pemantauan, pembersihan dan pembaikan kecemasan dijalankan dengan selamat.

Tinjauan RTM hari ini bagaimanapun mendapati masih terdapat penduduk menggunakan laluan tersebut walaupun ia ditutup kepada semua kenderaan.

Menurut penduduk, laluan berkenaan jarang mengalami runtuhan dan kebiasaannya selamat digunakan.

Penduduk turut berharap pihak berwajib segera menstabilkan cerun memandangkan hujan berpanjangan boleh memburukkan keadaan.

“Diusahakan, disegerakan (pembaikan)…dengan musim hujan sekarang, keselamatan pengguna jalan raya,” jelas penduduk, Yusof Ahmad.

“Hal macam ini kita takut…pengguna jalan raya yang datang sekali-sekala lalu sini, orang tak tahu situasi di sini. Tapi bila berlaku perkara macam Ini, takut membahayakan,” menurut penduduk, Harun Shafie.

Terdahulu, video runtuhan jalan tersebut tular di media sosial.