Sistem OCR-VA digunakan pada PRN Melaka

MCMC telah membuat laporan penuh kepada SPR mengenai tahap capaian internet di pusat-pusat pengundian

ALOR GAJAH, 18 Oktober – Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Machap Baru bakal dijadikan pusat pengundian yang menggunakan Sistem Optical Character Recognition-Voter Attendance (OCR-VA) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan dibuat selepas pemeriksaan capaian internet oleh MCMC dan SPR di pusat pengundian.
  • Dewan Penyayang, Kompleks Kebajikan Lesung Batu dinilai tidak sesuai menggunakan sistem OCR-VA kerana capaian internet kurang memuaskan.
  • MCMC menyerahkan laporan penuh kepada SPR mengenai tahap capaian internet di pusat pengundian.
  • SPR menetapkan hari mengundi 14 November, penamaan calon 31 Oktober dan undi awal 10 November.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan memaklumkan keputusan itu selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pemeriksaan internet di pusat-pusat mengundi di negeri itu.

“Pemilihan itu hasil pemeriksaan selepas mendapati sebuah pusat pengundian iaitu Dewan Penyayang di Kompleks Kebajikan Lesung Batu tidak sesuai untuk menggunakan sistem OCR-VA, berikutan kemudahan internet yang kurang memuaskan,”katanya selepas Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Alor Gajah di Dewan Kampung Permai, Machap Umboo yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MCMC juga telah membuat laporan penuh kepada SPR mengenai tahap capaian internet di pusat-pusat pengundian bertujuan memudahkan pengurusan pada hari mengundi.

SPR telah menetapkan hari mengundi bagi PRN Melaka pada 14 November, manakala penamaan calon, 31 Oktober dan undi awal, 10 November.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.