Krisis N.Sembilan tidak jejas keyakinan BN hadapi PRN Melaka

Foto Fail BERNAMA

AYER KEROH, 18 Oktober – Krisis adat yang berlaku di Negeri Sembilan tidak menjejaskan keyakinan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

RINGKASAN BERITA AI
  • BN yakin hadapi PRN jika strategi dan gerak kerja jentera dilaksanakan dengan baik.
  • Jentera perlu memastikan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada hari mengundi.
  • Strategi yang baik mesti dilaksanakan; tanpa pelaksanaan rancangan boleh gagal.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata BN yakin mampu menghadapi pilihan raya sekiranya strategi dan gerak kerja jentera dilaksanakan dengan baik.

Menurutnya, jentera perlu memastikan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada hari mengundi, memandangkan persiapan yang rapi tidak memadai tanpa sokongan melalui peti undi.

“Jentera dah susun strategi dan pelaksanaannya penting, strategi yang baik tapi tidak dilaksanakan, ia juga akan menggagalkan rancangan kita. Saya rasa strategi kita baik untuk menghadapi pilihan raya ini,” katanya.

Datuk Seri Mohamad ditemui pemberita di Ayer Keroh, Melaka.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.