fb fb fb fb fb

JKR terus beri komitmen yang terbaik

PERAK, 21 Jun - Kementerian Kerja Raya menyeru pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk terus beri komitmen yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab meskipun dikritik segelintir netizen.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, masyarakat ini berperanan sebagai mata dan telinga dalam memberi maklumat dan pihak terlibat harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Bagaimanapun, beliau juga mengharapkan orang ramai untuk sentiasa memahami kekangan yang dihadapi dan keutamaan yang harus diberi perhatian terlebih dahulu oleh jabatan itu.


(Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof)

"Walaupun pada keadaan tertentu maklum balas yang diterima kadang-kadang panas untuk di dengar sebagai agensi pelaksana tapi saya sentiasa mengingatkan di peringkat kita ini JKR dan kementerian kena terima dengan hati yang terbuka. Memang kalau kita menjadi agensi pelaksana tidak ramai akan mengucapkan terima kasih jadi jangan berkecil hati tapi terus beri komitmen untuk beri yang terbaik," kataya selepas merasmikan Persidangan Pegawai Kanan (SOC) Jabatan Kerja Raya Malaysia 2022 di Ipoh, di sini.

Terdahulu dalam ucapan perasmian, beliau berkata cabaran JKR bukan hanya perlu berhadapan dengan pelanggan malah dengan netizen khususnya dalam era
digitalisasi ini.

Media Baharu