fb fb fb fb fb

Negara dijangka berhadapan gelombang baharu jangkitan COVID-19

PETALING JAYA, 21 Jun- Negara dijangka berhadapan dengan gelombang baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan jangkaan tersebut dibuat berdasarkan perkembangan epidemiologi di negara luar yang menunjukkan gelombang tersebut akan berlaku.

"Kita tahu walaupun kes COVID-19 sekarang ini terkawal tetapi seperti mana yang saya telah maklumkan berkali-kali kes ini akan pasang surut, dia akan ada gelombang yang akan datang dari semasa ke semasa.

"Dan mungkin dalam dua tiga bulan lagi kita akan mengalami gelombang baharu. Sejauh mana gelombang baharu atau sebesar mana gelombang itu kita tidak tahu lagi," katanya.

(Khairy)

Beliau bercakap pada sidang media di sini hari ini.

Justeru, Khairy mengingatkan semua pihak agar terus berjaga-jaga dan mendapatkan dos penggalak kedua bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai penyakit kronik.

Sehingga kini, seramai 107,844 orang telah menerima dos penggalak kedua di negara ini.

Daripada jumlah itu, 57,834 penerima berusia 60 tahun dan ke atas.

Media Baharu