fb fb fb fb fb

DBKL sedia pertimbang lokasi khusus untuk perhimpunan aman

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia mempertimbang untuk mewartakan lokasi khusus bagi penganjuran perhimpunan aman dan demonstrasi yang ingin diadakan di pusat bandar, pada masa akan datang.

Cadangan itu mengambil kira status ibu negara yang sering menjadi tumpuan penganjuran acara seumpamanya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif bagaimanapun berkata, perkara itu perlu dibincangkan secara menyeluruh, dengan pihak pengurusan berkaitan.

"Saya rasa perkara ini perlu kita bincangkan secara menyeluruh, memandangkan kita juga berada di bawah Wilayah Persekutuan. Jadi, saya bercadang untuk bawa isu ini ke peringkat perbincangan yang lebih lanjut."

Daripada pemerhatian saya, memang wujud SOP untuk semua jenis perhimpunan. Contohnya, dari aspek keselamatan, prosedur perhimpunan, bayaran dan sebagainya. Tetapi, setakat ini belum ada SOP yang khusus untuk perhimpunan aman.

SOP untuk tempahan tempat memang ada, cuma bagi kes seperti ini, mungkin perlu ada garis panduan yang lebih spesifik. Saya akan bawa cadangan ini untuk dibincangkan di peringkat yang lebih tinggi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Perarakan Budaya Asean @ Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) di Dataran DBKL, pagi tadi.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM