
SEPANG, 16 Mac – Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor sedang melaksanakan projek pendidikan dengan nilai keseluruhan RM682.88 juta.
- JKR Selangor menjalankan 53 projek pada peringkat perancangan dan 27 projek kini di peringkat pembinaan.
- Cawangan Kerja Pendidikan melaksanakan 80 projek; lapan projek mencatat kemajuan lebih awal daripada jadual.
- Timbalan Menteri Datuk Seri Ahmad Maslan hadir tinjauan dan lawatan kerja ke projek pembinaan SMK Kota Warisan.
- Pada 2025 JKR Selangor menyiapkan dan menyerahkan 122 projek pendidikan bernilai RM84.23 juta.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, ia melibatkan 53 projek pada peringkat perancangan serta 27 projek di peringkat pembinaan.
“Ketika ini, Jabatan Kerja Raya Selangor sedang melaksanakan 80 projek di bawah Cawangan Kerja Pendidikan dengan nilai keseluruhan RM682.88 juta.
“53 projek melibatkan pembinaan sekolah berkepadatan tinggi. Daripada projek-projek yang sedang dilaksanakan, terdapat lapan projek yang mencatat kemajuan lebih awal daripada jadual, dan ini merupakan satu perkembangan yang amat baik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sesi tinjauan dan lawatan kerja ke projek pembinaan sekolah baharu Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Kota Warisan di sini.
Selain itu, pada tahun 2025, Jabatan Kerja Raya Selangor telah berjaya menyiapkan dan menyerahkan 122 projek pendidikan di negeri itu dengan kos keseluruhan bernilai RM84.23 juta.