fb fb fb fb fb

JKR jamin hanya sebilangan kecil projek lewat siap

35 projek di seluruh negara yang lewat, susulan pelbagai faktor

PULAU PINANG, 2 Mei - Kementerian Kerja Raya (JKR) beri jaminan hanya sebahagian kecil sahaja projek dibawahnya yang dikategorikan sebagai "projek sakit", iaitu lewat daripada jadual asal pembinaan.

Menterinya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, hanya 2.8 peratus bersamaan 35 projek di seluruh negara yang lewat, susulan pelbagai faktor termasuk isu teknikal dan pandemik COVID-19.

"Minggu lalu, satu projek siap setahun lebih awal daripada jadual. Memang ada beberapa projek yang 'sakit', namun bilangannya sedikit. Bagi projek yang diberi lanjutan, ia diberi atas sebab-sebab yang munasabah dan wajar," katanya
 
Jelasnya, walaupun ada projek yang mengalami kelewatan, namun komitmen kerajaan untuk menyiapkan kesemua fasiliti awam secara menyeluruh tetap diteruskan.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Rasmi Projek Blok Bertingkat HSJ daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pagi tadi.

Sebanyak 36 projek KKM sedang dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini dengan jumlah peruntukan mencecah 165.3 juta ringgit.

Daripada jumlah itu, 17 projek baharu yang bermula dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RP5), manakala 19 lagi merupakan projek sambungan daripada RMK10 hingga RMK12.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN