fb fb fb fb fb

JKM Johor sedia gerakkan petugas, sukarelawan ke negeri-negeri terjejas banjir

(FOTO FAIL)

JOHOR BAHRU, 20 Disember - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor sedia menggerakkan petugas dan sukarelawannya ke negeri-negeri terjejas banjir jika diperlukan.

Pengarah JKM Johor, Mohamad Hapil berkata setakat ini seramai 50 orang petugas dan sukarelawan akan dihantar mengikut keperluan.

(Pengarah JKM Johor, Mohamad Hapil)

"Sebagai contoh... di satu daerah kita akan letak warga kerja kita lima orang kemudian dibantu sukarelawan kebajikan 15 orang, puratanya 15 hingga 20 orang di satu daerah," katanya ketika ditemui pemberita di pejabat JKM, di sini.

Tambah Mohamad, JKM Johor turut bersiap siaga dengan 474 petugas JKM dan lebih 500 sukarelawan kebajikan bagi berdepan kemungkinan banjir di negeri itu.

Katanya, 15 petugas JKM sudah digerakkan ke tiga PPS di Segamat bagi membantu menguruskan penduduk terjejas banjir.

Setakat tengah hari tadi, 53 penduduk daripada 17 keluarga masih ditempatkan di tiga PPS di daerah itu, iaitu PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, PPS Balai Raya Kampung Kuala Paya dan PPS Dewan Komuniti Kampung Tasek.

Media Baharu