HONG KONG, 20 Disember- Orang ramai di Hong Kong tidak perlu menunjukkan ujian negatif COVID-19 untuk masuk ke pusat hiburan dan restoran bermula Khamis.
Manakala pawagam dan tempat persembahan akan dibenarkan beroperasi pada kapasiti penuh, kata pihak berkuasa kesihatan.
"Kerajaan sedang mengkaji secara mendalam untuk melonggarkan langkah pencegahan supaya kita boleh kembali kepada kehidupan normal," kata setiausaha kesihatan bandar itu, Libby Lee pada taklimat media hari ini.
Hampir tiga tahun Hong Kong mematuhi peraturan dalam mengekang penularan virus yang mengancam dunia itu.
Bulan ini China mula melonggarkan syarat untuk pelaksanaan 'sifar COVID-19' menerusi sekatan dan ujian selepas tindakan protes yang dilakukan rakyatnya kerana memakan kos tinggi kepada masyarakat dan ekonomi kedua terbesar di dunia itu.
Hong Kong memberi kelonggaran kepada individu yang tiba dari Wilayah China atau tanah besar negara itu tidak perlu dikenakan sekatan perjalanan atau dihalang untuk ke kawasan tertentu.
Kelonggaran Hong Kong dibuat seminggu selepas ia mengumumkan bahawa orang yang tiba di wilayah China dari luar tanah besar China akan atau dari Macau tidak akan lagi menghadapi kawalan pergerakan COVID-19 atau dihalang dari tempat tertentu.
(Kod QR untuk aplikasi pengesanan kenalan COVID-19/REUTERS)
Aplikasi mudah alih COVID-19 turut dibatalkan minggu lalu.
Walaupun Hong Kong telah menghapuskan banyak peraturan ketat kebelakangan ini, pemakaian pelitup separuh muka masih diwajibkan di tempat awam kecuali jika bersenam.
Pas vaksin juga diperlukan untuk memasuki banyak tempat.
Hari ini, pemimpin bandar itu John Lee berkata, kerajaan mengambil pendekatan untuk melonggarkan sekatan bagi mengurangkan risiko kesihatan awam secara beransur-ansur.
Lee akan melakukan lawatan kerja selama empat hari ke Beijing pada Rabu bagi melaporkan keadaan persekitaran politik dan ekonomi Hong Kong serta situasi semasa COVID-19.
Walaupun pelanggan pusat hiburan dan restoran masih memerlukan untuk menunjukkan keputusan negatif COVID-19, namun pawagam, muzium dan taman tema telah beroperasi pada kapasiti 85%.
Kemudahan pusat hiburan juga akan mula beroperasi pada kapasiti penuh bermula Khamis.- REUTERS