fb fb fb fb fb

JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM7.35 juta

BUTTERWORTH, 10 Ogos- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas 10.2 juta batang rokok putih seludup yang diisytihar sebagai cendawan tin menerusi sebuah kontena.

Rampasan dibuat dalam serbuan di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor 1 Ogos lalu.

Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim berkata, kesemua rokok berkenaan dianggarkan bernilai RM7.35 juta termasuk cukai.

Menurutnya, siasatan mendapati rokok terbabit diimport dari sebuah negara di Asia Timur oleh sebuah syarikat berstatus Sdn Bhd di Kuala Lumpur.

Kesemua rokok berkenaan dipercayai untuk dipasarkan sekitar utara semenanjung.

"Modus operandi mereka, cuba mengelirukan sehinggakan pihak kami siasat penghantar dan penerima sebenar.

"Alamat penerima mengelirukan, malah kewujudan syarikat juga diragui dan apabila kita lawat tempat itu kita dapati semakan dengan SSM menunjukkan ia adalah 'nomad',"katanya.

Beliau memaklumkan pihaknya kini giat menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti suspek yang terlibat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, Seksyen 135(1)(g) akta sama dan Seksyen 74(1)(e) Akta Eksais 1976.


(Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim)

Media Baharu