fb fb fb fb fb

Skim Insurans Takaful Agromakanan (STAR) PADI bakal dilancar suku ketiga tahun ini

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Skim Insurans Takaful Agromakanan (STAR) PADI akan dilancar pada suku ketiga tahun ini.

Ia bakal memanfaatkan hampir 190,000 pesawah di negara ini.

Skim yang diumum Perdana Menteri pada Sabtu lalu, merupakan salah satu usaha memperkasakan sekuriti makanan negara dengan permulaan, subsektor padi dan beras, menjadi projek rintis.


(FOTO FAIL)

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata inisiatif itu membolehkan pesawah menerima ganti rugi atau pampasan yang setimpal jika berlaku gangguan terhadap produktiviti pengeluaran padi negara seperti bencana alam atau wabak penyakit.

"Di bawah Dasar Agro Makanan Negara 2.0 dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah merangka pelbagai polisi dan inisiatif untuk meningkatkan produktiviti industri agromakanan dan memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi," katanya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, nilai import untuk sektor agromakanan negara sangat membimbangkan.

Pada 2020, jumlahnya RM55.4 bilion, meningkat kepada RM63.6 bilion, tahun lalu.

Sementara bagi separuh pertama 2022 pula, adalah sebanyak RM36.6 bilion.

Beliau menjangkakan, jumlah import bagi sektor berkenaan, boleh mencecah hingga RM75 bilion, tahun ini.

"Kesannya dia sebenarnya, trend ini kerana kenaikan kos pengeluaran makanan, kedua kerana ketidakstabilan geopolitik, kesan iklim, ekosistem, pengukuhan nilai dolar yang menyebabkan kenaikan kos ini.Untuk sektor makanan untuk hadapi COVID-19," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di Parlimen.

Media Baharu