fb fb fb fb fb

JKDM Johor, rampas rokok seludup dan air zam zam bernilai RM8.78 juta


JOHOR BAHRU, 9 Januari- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas 7.92 juta batang rokok seludup, serta 600 botol air zam zam, bernilai RM8.78 juta.

Pengarahnya, Sazali Mohamad memaklumkan rokok putih dirampas di Pelabuhan Pasir Gudang pada 28 Disember manakala air zamzam di Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah pada 30 Disember lalu.

Siasatan mendapati sindiket membuat pengikraran tidak benar dengan melabelkan dagangan sebagai aksesori cabinet di dalam borang kastam, bagi mengelak cukai tinggi.

"Modus operandi kes ini ialah membuat pengikraran tidak benar terhadap pengeksportan air zam zam di dalam dokumen borang kastam dua, lori tersebut membawa bersama dagangan lain seperti peralatan mandian, minyak urut, peralatan sembahyang, dan lain lain dagangan untuk dieksport ke negara jiran",kata Sazali.

Seorang lelaki berumur 43 tahun daripada syarikat perkapalan terlibat telah diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Berhubung rampasan 3,000 liter air zam zam pula ia dipercayai cuba dibawa keluar ke Singapura kerana permintaan tinggi.

Sampel air zam zam tersebut sedang menjalani ujian kimia, dan akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan sekiranya tulen.

Seorang pemandu lori lelaki bersama kelindan lelaki, berumur 21 hingga 30 tahun diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Media Baharu