JIM bertindak tanpa kompromi: 130,000 ditahan, 92,000 diusir

Foto RTM

CYBERJAYA, 21 Julai – Lebih 130,000 individu ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sepanjang tahun 2025 hingga Jun 2026 atas pelbagai kesalahan imigresen.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kesalahan utama dikesan: kemasukan tanpa dokumen, penyalahgunaan pas, dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.
  • Lebih 92,000 warga asing dihantar pulang selepas didapati melanggar peraturan imigresen.
  • Kerajaan memperkukuh sokongan kepada JIM bagi memastikan keupayaan penguatkuasaan sentiasa pada tahap optimum.
  • JIM akan melaksanakan penguatkuasaan tanpa kompromi dan mendapat perolehan aset strategik bagi mengawal sempadan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, antara kesalahan utama yang dikesan termasuk kemasukan tanpa dokumen sah, penyalahgunaan pas serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

“Lebih 92,000 warga asing turut dihantar pulang ke negara asal masing-masing selepas didapati melanggar peraturan imigresen.

“Manakala sepanjang tahun 2025 hingga Jun 2026, lebih 130,000 tangkapan dilakukan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen, termasuk masuk tanpa pas sah, menyalahgunakan pas dan tinggal lebih masa katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Imigresen Ke-104 yang bertemakan“Melakar Wajah Baharu Imigresen” di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution menegaskan, kerajaan akan terus memperkukuh sokongan terhadap JIM bagi memastikan keupayaan penguatkuasaan sentiasa berada pada tahap optimum.

“Saya yakin dan percaya, JIM akan terus melaksanakan penguatkuasaan tanpa kompromi dan semestinya kerajaan dan KSN akan terus memberi sokongan dalam perolehan aset strategik penguatkuasaan untuk membantu jabatan ini,” katanya.

Langkah itu penting selaras dengan cabaran semasa yang semakin kompleks dalam mengawal sempadan negara serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen terus dipertingkat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.