fb fb fb fb fb

JIM bangunkan sistem AI percepat proses mohon visa, dokumen perjalanan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini giat membangunkan sistem berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) bagi mempercepatkan proses permohonan visa dan dokumen perjalanan.

Menurut Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Norlizawaty Abdu Samad, sistem itu akan merangkumi temuduga menggunakan teknologi AI iaitu calon ditemuduga oleh mesin tanpa campur tangan manusia.

Jelas beliau, pendekatan tersebut bukan sahaja mempercepatkan proses, malah dapat meningkatkan integriti serta mengelakkan isu berat sebelah dan tohmahan.

"Autogate sedia ada juga dilengkapi sistem saringan yang menyekat individu dalam senarai syak atau hitam daripada melepasi sempadan," katanya selepas menjadi tetamu Program Selamat Pagi Malaysia, di Angkasapuri, Kota Media.

Mengulas isu privasi, Norlizawaty menegaskan, sistem AI dibangunkan sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen dan tidak dikongsi dengan agensi luar, khususnya swasta.

"Ia adalah sistem dalaman jabatan dan segala data dikawal rapi serta menjadi hak milik Jabatan Imigresen Malaysia," ujarnya.

ROSLINA BINTI DIN