fb fb fb fb fb

Jho Low nafi punya hubungan kerja dengan Joanna

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu Ging Ping mengakui bahawa dirinya mempunyai hubungan kerja yang rapat bersama Jho Low sehinggakan pernah ditawarkan hadiah daripada ahli perniagaan dalam buruan tersebut.

Pada Prosiding pagi tadi, Joana memberitahu pernah menerima rasuah sebuah telefon bimbit iPhone 5s daripada Jho Low.

Bagaimanapun dia menolak pemberian tersebut dan turut menolak tawaran pekerjaan daripada Jho Low disebabkan tidak mahu mengikut cara kerja ahli perniagaan terbabit.

Terdahulu peguam bela Datuk Seri Najib,Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah turut menyoal Joanna mengenai kenyataan Jho Low yang menyatakan tidak pernah berurusan dan berhubung dengannya mengenai urusan akaun bekas Perdana Menteri itu.

Joana terkejut dengan kenyataan ahli perniagaan terbabit, kerana Joana selalu berurusan dengan Jho Low dan menerima setiap arahan berhubung akaun berkenaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

(Foto hiasan)

Media Baharu