SANDAKAN, 17 Jun- Jeti Operasi Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) Sandakan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun hadapan.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata pembinaan jeti yang telah mencapai 39 peratus itu kelak akan memudahkan kapal serta aset aset di MAWILLA 2 beroperasi dengan sebaik mungkin.
Adly berkata, kementeriannya sentiasa komited meningkatkan mutu perkhidmatan dalam menjaga kedaulatan negara.
Adly ditemui media selepas lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sandakan.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kementeriannya akan memastikan 60 peratus anggota dapat menduduki rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Pangkalan TLDM Sandakan.
Adly turut menghadiri majlis korban dan jamuan Aidiladha bersama warga MAWILLA 2.