fb fb fb fb fb

JENDELA: Tindakan tegas bakal dikenakan terhadap kontraktor

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Tindakan tegas akan dikenakan terhadap kontraktor yang tidak mencapai tahap memuaskan bagi pembinaan menara telekomunikasi Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Ia melibatkan projek pembinaan menara di Sabah yang tidak mengikut perancangan ditetapkan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata setakat ini hanya 294 menara siap dibina berbanding 651 menara yang dijangka siap.

"Tidak dapat dinafikan, prestasi kontraktor kurang memuaskan. Oleh sebab itu, beberapa tindakan sedang dipertimbang termasuk mengenakan liquidated damages (LD), mengambil Performance Bond mereka.

"Selain dari itu, penolakan tuntutan, tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Akta 588", katanya pada sesi Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin mengenai langkah pemantauan terhadap kontraktor terlibat dengan pelaksanaan projek JENDELA.

ROSLINA BINTI DIN