KUALA LUMPUR, 16 Julai- Kanak-kanak berusia empat tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 di sebuah perumahan di Putrajaya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Penolong Pesuruhjaya Polis A. Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan berkenaan insiden tersebut sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
Menurutnya, mangsa yang merupakan anak bongsu dari dua beradik itu dipercayai terjatuh dari tingkap bilik utama.
Mangsa disahkan meninggal dunia dan kini berada di Unit Forensik Hospital Putrajaya bagi proses bedah siasat.
Siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).