fb fb fb fb fb

Tempoh pencalonan ASA 2024 dilanjutkan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Tempoh pencalonan Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024, secara dalam talian dilanjutkan sehingga 19 Julai.

Jawatankuasa Publisiti dan Promosi ASA 2024 menerusi kenyataan memaklumkan semua pencalonan perlu dikemukakan melalui organisasi penyiaran berlesen.

"Bahan yang dipertandingkan perlu disiar buat kali pertama menerusi stesen penyiaran serta platform media baharu bagi tempoh antara 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2023," kata kenyataan itu.

Sepanjang tempoh pencalonan, Kementerian Komunikasi turut menyediakan kemudahan untuk mengakses dan mengemukakan pencalonan melalui Sistem Pencalonan Anugerah Seri Angkasa (myASA) yang terletak di Makmal Komputer B, Aras 19, Kompleks Kementerian Komunikasi.

Semua stesen penyiaran kerajaan dan swasta dipelawa untuk merujuk dan mengemukakan pencalonan bagi 60 kategori secara dalam talian melalui laman web, https://www.anugerahseriangkasa.gov.my/.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM