fb fb fb fb fb

Jenazah kanak-kanak tercekik ‘gummy' selamat dikebumi

Foto RTM

PENAGA, 21 Februari-Jenazah Mohamad Fahmi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Binjai, Penaga di sini pukul 3.20 petang tadi.

Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Jamek Permatang Binjai untuk disembahyangkan kira-kira 150 jemaah terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan selepas solat Jumaat.

Bapa allahyarham, Mohamad Fakhruddin Mohamad Fikri, 35 tahun redha dengan pemergian anaknya dan berharap kejadian seperti ini tidak berulang kepada kanak-kanak lain.

"Saya reda apa yang berlaku dan berharap selepas ini kejadian yang menimpa arwah tidak berlaku kepada kanak-kanak lain.

"Pihak polis meminta saya untuk membuat laporan berhubung kejadian menimpa arwah memandang kejadian berlaku dalam kawasan sekolah", katanya yang ditemui selepas pengebumian anaknya.

Mohammad Fahmi yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula itu Selasa lepas, menghembus nafas terakhir di sisi ibu bapanya, kira-kira 11 malam tadi di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang.

Murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Butterworth itu dipercayai membeli dua biji gula-gula kenyal itu sebelum sesi persekolahan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada 2.30 petang, Selasa lalu. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD