fb fb fb fb fb

29 PATI warga Myanmar ditahan di sempadan negara

Seramai 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) di sempadan negara di sini semalam (Khamis) / Foto ATM

BUKIT KAYU HITAM, 21 Februari- Kira-kira29 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Myanmar ditahan di kawasan hutan sempadan Malaysia -Thailand oleh Angkatan Tentera Darat Malaysia (ATM)

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dalam kenyataannya berkata kesemua ditahan pada Khamis di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI iaitu terdiri daripada 15  lelaki dan 14 wanita  termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun hingga 41 tahun.

Kesemua PATI juga tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Turut dirampas sejumlah wang tunai, 19 buah telefon bimbit , sebuah komputer riba dan barangan perhiasan diri yang dianggarkan bernilai RM19,800.

Kesemua PATI diserahkan ke balai polis Bukit kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD