fb fb fb fb fb

Melaka bebas kusta, perketat pemantauan kesihatan Orang Asli Bukit Putus

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem mencuba Sistem Pembedahan Robotik Da Vinci Xi yang pertama di Melaka / Foto Facebook ngweheesem

MELAKA, 21 Februari-Tiada penyakit kusta direkodkan di Melaka

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem berkata kerajaan negeri Melaka, sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat orang asli terutama di Bukit Putus yang bersempadan dengan Negeri Sembilan.

Jelasnya, ujian darah juga akan dijalankan dalam masa terdekat bertujuan untuk memantau tahap kesihatan komuniti berkenaan.

" Kita sudah memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan negeri supaya kawasan yang berdekatan dengan Negeri Sembilan terutamanya di kampung Orang Asli Bukit Putus diberi perhatian.

"Jabatan kesihatan akan ke sana dalam masa terdekat untuk mengambil sampel darah mereka sebagai langkah berjaga-jaga", katanya demikian ketika ditemui selepas ⁠Majlis Pelancaran Sistem Pembedahan Robotik Da Vinci Xi yang pertama di Melaka, di sebuah hotel di sini.

Terdahulu media melaporkan bahawa seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dari Kampung Orang Asli Chergun, Kuala Pilah telah meninggal dunia akibat penyakit kusta, manakala lapan individu lain sedang menerima rawatan.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan bahawa jumlah kes kusta yang dilaporkan pada tahun lalu menunjukkan peningkatan kepada 292 kes berbanding 256 kes pada tahun 2023. Daripada jumlah tersebut, 192 kes merupakan kes baharu dalam kalangan rakyat tempatan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD