fb fb fb fb fb

Jemaah menteri bincang penetapan harga siling baharu, pemberian subsidi ayam esok

(Tan Sri Annuar Musa ada sidang media Pasukan Jihad Tangani Inflasi di ibu negara)

KUALA LUMPUR, 25 Ogos- Dasar penetapan harga siling baharu ayam dan pemberian subsidi berkaitan akan dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri esok.

Menurut Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, pemakluman lanjut mengenai perkara tersebut akan diumumkan beliau setelah ia diputuskan jemaah menteri.

Tan Sri Annuar berkata, walaupun pewartaan harga maksimum ayam berakhir 31 Ogos ini, kerajaan sentiasa memastikan bekalan ayam domestik sentiasa cukup dan paras harga terus terkawal

"Kita mengekalkan dasar harga ayam perlu terus dikawal dan juga keutamaan bagi tahap kecukupan bekalan domestik kekal menjadi satu keutamaan pada masa yang sama kita perlu beri perhatian kepada industri perternakan ayam itu sendiri.

"Ia perlu ada kjeseimbangan di antara industri yg mampan di mana pengeluar terus mengeluarkan ayam yang tertentu di mana keperluan domestik pada masa ini memerlukan pada kira-kira 2 69 juta ekor ayam pada setiap bulan," katanya.

Sehingga kini, harga ayam standard ditetapkan pada harga RM9.40 sen sekilogram.

Tambahnya, kerajaan juga telah membelanjakan RM888 juta bagi bayaran subsidi kepada pengusaha dan penternak bagi memastikan harga ayam kekal stabil mengikut paras harga maksimum yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pasukan Jihad Tangani Inflasi di ibu negara.


(Dasar penetapan harga siling baharu ayam dan pemberian subsidi berkaitan akan
dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri esok)

 

Media Baharu